Saturday, January 25, 2014


Hantu Tak Berkepala (Kisah Seram) |Nama saya Dina, saya tinggal di Pandan Gardens. Kisah ini berlaku kira2 lapan tahun yang lepas. Saya ni seorang yang ceria, sekiranya kawan2 saya cerita tentang hantu atau cerita yang serius, mesti saya akan mentertawakan.

Bermulanya cerita ini dari kawan saya yang bernama Maslinda. Dia selalu ceritakan yang tempat kawasan rumahnya itu keras. Ianya terletak di kawasan Clementi. Bila saya dengar, saya mentertawakan dia. Saya kata, "Mestilah keras kerana kawasan yang kamu jalan semuanya batu..." Lalu kawan2 saya yang lain pun sekaki ketawa.


Pada malam itu saya terjaga sekitar waktu satu pagi kerana saya hendak buang air kecil. Selalunya kebiasaan saya, bila waktu malam saya hendak ke tandas, saya suka jenguk2 ke luar tingkap. Sebelum saya ke tandas, saya terlihat benda hitam di bawah blok sebelah. Benda hitam itu betul2 menghadap ke arah tingkap saya. Ia sedang duduk di bangku bulat di bawah blok .Tapi saya tak rasa takut pun kerana bawah blok itu terang. Saya pun masuk ke tandas.

Selepas keluar dari tandas, saya rasa tak puas hati. Saya pandang lagi benda hitam itu. Pandang punye pandang, rupanya benda hitam itu berpakaian Cheongsam Cina, tapi tak berkepala. Benda hitam itu duduk macam wanita tertib. Tangannya diletak di atas lutut dan tubuhnya menghadap betul2 ke arah tingkap saya berdiri. Saya baca macam2 ayat pun tak jalan2. Saya terus masuk bilik dan tidur.

Keesokan harinya saya ceritakan apa yang terjadi kepada bapa saya. Saya ceritakan yang makhluk hitam itu berpakaian seperti Cheongsam Cina. Bapa saya mentertawakan saya pula. Dia kata saya baca macam2 ayat tapi makhluk hitam itu tidak takut kerana makhluk hitam itu mungkin hantu Cina bukan hantu Melayu. Dah terkena balik!!!

Rupanya blok itu sudah empat kali orang terjun diri dan semuanya orang Cina. Bila saya dah tahu terus saya demam selama empat hari. Ia satu pengajaran untuk saya agar jangan ketawakan orang lain, kalau tak, diri sendiri yang terkena dan merana.

Terima kasih,

 

Kisah seram: Asrama


Assalamualaikum.....Sebenarnya aku dah lali dengan cerita-cerita seram ni. Tapi untuk tatapan dan renungan kita semua aku gagahkan diri untuk ceritakan satu daripada beribu-ribu pengalaman ngeri untuk ruangan Xpoi ini.

Kisah ini berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Waktu itu aku ditingkatan dua dan tinggal di asrama. Aku ni terkenal dengan sifat yang tak reti takut. Memang sejak kecil lagi aku telah diajar oleh ayahku untuk tidak takut pada hantu. Menurut ayah ku..." Hantu dan syaitan ni nak pegang kita pun tak dapat inikan pula nak cubit.." Itulah kata-kata ayahku yang membuatkan aku berani sehingga kini walaupun pada hakikatnya aku seorang perempuan yang lemah lembut.

Sekolah aku terletak di sebuah kawasan yang boleh dikatakan indah dan nyaman. Lagipun di situ kawasan kampung. Asrama yang aku duduki berada di dalam kawasan sekolah. Jadi senanglah untuk kami pelajar pelajar asrama untuk berulang alik. Kebetulan pada semester tersebut pihak sekolah aku bercadang untuk menambahkan lagi satu blok asrama untuk menampung bilangan pelajar yang kian meningkat. Jadi setelah dipersetujui, Akhirnya kerja-kerja membina pun dilakukan bersebelah dengan blok asrama puteri yang lama.

Pada mulanya pembinaan itu berjalan dengan lancar sehinggalah suatu hari.......

Petang itu aku pulang daripada sekolah kira-kira jam 3 petang bersama-sama empat kawan ku yang lain. Setelah menyalin pakaian, kami bercadang untuk bermain tenis di gelangang yang berdekatan. Sewaktu kami menuruni tangga untuk ke gelangang berkenaan tiba-tiba kami terdengar suara lelaki sedang menjerit dan diikuti dengan dentuman yang kuat. Kami dapat mengesan arah bunyi tersebut. Tak silap lagi ianya datang dari arah tapak pembinaan asrama baru. Kami segera bergegas ke sana. Setibanya di situ kami terkejut besar apabila kami dapati seorang pekerja berbangsa Cina telah jatuh dari bangunan tesebut. Kawan-kawan pekerja tersebut segera mendapatkan beliau. Aku dan kawan-kawanku tergamam. Tubuh pekerja berkenaan dibasahi dengan darah. Aku yakin dia telah mati memandangkan keadaan kepalanya yang bercerai dari badan. Kawanku , Mila tiba-tiba pengsan. Aku terpaku di situ.

Pada malam tersebut kami tidak dapat tidur dengan nyenyak tambahan lagi kami adalah orang pertama yang menyaksikan kejadian itu. Warden asrama menasihati kami supaya bawa bertenang. Tetapi aku benar-benar tidak dapat melupakan kejadian itu lebih-lebih lagi jika teringatkan keadaan tubuh mangsa yang amat mengerikan. Malam makin larut. Aku cuba melelapkan mataku. Tiba-tiba aku terdengar seperti ada sesuatu yang sedang menghampiriku. Aku meluaskan pandangan kesekeliling. Mataku liar mencari benda tersebut. Hidung ku mula terbau sesuatu yang hanyir. Darah! Aku tersentak. Aku mendongak ke atas. Aku dapati darah mengalir dari kipas siling. Banyak sekali ! Aku beranikan diri untuk bangun. Mata ku tiba-tiba tertumpu ke arah kawanku Mila. Ya Allah, Aku lihat beberapa orang berjubah kuning sedang mengelilinginya. Aku beranikan diriku untuk menghampiri mereka. Kawan- kawanku yang sedorm sudah lama dibuai mimpi. Dengan keyakinan aku menegur orang-orang yang berjubah kuning berkenaan. " Siapa anda semua ?" Mereka tidak menjawab pertanyaan aku. Aku mula syak sesuatu. Aku beranikan diri lagi dengan memegang salah seorang daripada mereka. Tetapi... Tangan ku bolos. Ternyata mereka tidak menghiraukan kedatangan aku. Aku terpinga.. Mereka bangun dari katil Mila dan menuju ke tingkap yang bertentangan dengan tempat kemalangan petang tadi. Aku dapat melihat dengan jelas mereka menembusi dinding asrama dan terus melayang ke angkasa. Aku terpegun.

Tiba-tiba lamunan aku tersentak apabila dikejutkan oleh suara kawanku Lin. Rupanya bukan aku seorang yang menyaksikan peristiwa itu, Lin juga sempat menyaksikannya. Lin kelihatan begitu takut, dia menanggis. Badannya terasa panas dan menggigil. Aku cuba menenangkannya. Lin dapat juga aku tenangkan. Lega rasanya bila dia kembali seperti sediakala. Kami bercerita panjang tentang pengalaman masing-masing melihat peristiwa yang berlaku tadi. Lin menyatakan padaku yang dia ternampak ada dua orang lelaki berjubah kuning hendak memukul aku dengan Kayu Tas dari arah belakang. Tetapi mereka tidak berjaya kerana dihalang oleh seorang lagi lelaki berjubah kuning yang lain. Aku betul-betul terkejut. Aku bertanyakan Lin samaada dia nampak atau tidak lelaki berjubah kuning mengelilingi Mila. Dia jawab TIDAK. Aku semakin hairan. Bagaimana dua peristiwa boleh berlaku dalam waktu yang sama tetapi berlainan keadaan.

Cuma ketika lelaki-lelaki berjubah kuning itu melayang ke angkasa sahaja kami dapat menyaksikan peristiwa yang sama. Angin malam semakin dingin. Suasana semakin suram. Aku dan Lin masih tidak dapat tidur. Tiba-tiba.... "Aaaaaaaaaaaaaa....." Suara orang menjerit seperti diserang sesuatu kedengaran dari tingkat atas asrama. Serentak dengan itu juga kedengaran bunyi dentuman yang kuat dari arah yang sama.

Aku bergegas keluar. Aku lihat penghuni penghuni yang lain juga tercengang-cengang di luar dorm. Masing-masing tertanya apakah yang berlaku. Warden juga kelihatan terpinga-pinga. Suara jeritan dan lolongan tadi semakin menjadi-jadi. Kali ini bukan lagi seorang tetapi ramai. Aku semakin ingin tahu.

Warden meminta sesiapa yang berani untuk mengikutnya naik ke atas. Aku dan lima orang lagi rakan mengikut warden naik ke atas. Setibanya kami di sana kami dapati beberapa orang penghuni dorm Emas sedang merangkak di kaki lima seperti biawak. Aku mengucap panjang. Kami cuba menangkap mereka tetapi tidak berjaya kerana bilangan yang hendak ditangkap lebih banyak dari yang menangkap. Warden mengarahkan penghuni yang tidak naik ke atas untuk mendapatkan bantuan dari warden aspura.

Bantuan yang diharapkan sia-sia sahaja kerana tidak seorang pun warden aspura yang terjaga termasuklah penghuni aspura sendiri. Kami mula cemas. Bilangan penghuni yang dirasuk semakin banyak iaitu kira-kira sebelas orang dan bersamaan dengan satu dorm berkenaan. Mereka menjerit, melolong dan tak kurang pula yang mengilai. Kami terpaksa mengepung mereka. Warden mengarahkan supaya kami membaca apa sahaja ayat suci yang kami ingat sambil mengawasi mereka.

Keadaan semakin kelam kabut apabila ada yang dirasuk itu mula bertindak liar. Mereka mula berlari menuruni tangga. kami tidak dapat berbuat apa-apa lagi.Hendak ditangkap memang tidak berdaya. Kami tawakal kepada Allah. Di bawah mereka mula mengoncangkan pagar yang memagari kawasan aspuri. Warden meminta supaya kami beramai -ramai memegang mereka supaya mereka tidak merobohkan pagar untuk lari keluar. Mereka meraung raung. Di saat aku memegang salah seorang daripada mereka aku rasakan seperti tubuhku digoncang dengan begitu kuat. Aku mula membaca Ayat Kursi. Kegilaannya semakin menjadi jadi. Aku menempeleng muka budak berkenaan. Dia pengsan. Menyedari perbuatan aku itu berkesan, kami beramai-ramai menempeleng kesebelas belas penghuni berkenaan. Mereka pengsan. Seraya dengan itu azan Subuh berkumandang dengan sayupnya.

Pagi itu ramai di antara kami yang tidak ke sekolah kerana letih. Apabila di tanya kepada penghuni yang dirasuk apa yang terjadi semalam, mereka hanya menjawab mereka tidur dengan nyenyak sekali. Bila kami menceritakan apa yang berlaku semalam mereka bagaikan tidak percaya. Berita dirasuk beramai ramai sampai ke pengetahuan penghuni aspura. Mereka juga terkejut kerana tidak seorang pun yang mendengar bunyi orang menjerit.

Malam itu kami mengadakan sembahyang hajat beramai ramai untuk meminta dijauhkan dari sebarang malapetaka. Pengetua juga menasihati kami supaya tidak mengingati peristiwa berkenaan. Menurutnya lagi peristiwa berkenaan hanyalah untuk menguji kesabaran kami. Aku tidak dapat merumuskan samaada peristiwa berkenaan ada kaitannya dengan kematian pekerja di tapak binaan.

Tetapi ada cerita yang mengatakan kematian pekerja berkenaan dirancang oleh abangnya sendiri dan rohnya ingin menuntut bela. Wallahualam...Bagi aku peristiwa ini adalah suatu pengalaman yang amat berharga

Saturday, January 18, 2014

kisah seram di politeknik kota bharu


Ni aku ada kisah yg nak critakan kat korg. Crita ni berlaku pada aku & kwn2 aku semasa aku study kat sebuah politeknik di timur tanahair.

Pada tahun 1999 aku dapat smbung blajar kat politeknik dan aku ditempatkan di asrama. Ditempat aku study ni, hanya ada 2 blok asrama yg di khaskan untuk pelajar lelaki. Tak salah aku untuk pelajar pompuan pula, ada 9 blok asrama. Mmg dikatakan blok untuk pelajar lelaki tu adalah untuk pelajar pompuan tetapi disebabkan ada sedikit masalah, pihak pengurusan telah membenarkan 2 blok tersebut dihuni oleh pelajar lelaki.

Alkisahnya 2 blok ni dikatakan berhantu. Ramai pelajar pompuan telah diganggu oleh makhluk2 halus yg berkeliaran didalam blok ini.Warden sendiri telah menceritakan kepada kami yg blok2 ini tidak boleh dihuni oleh kaum wanita buat sementara waktu. Antara sebabnya adalah pernah beberapakali pelajar2 pompuan yg tak dapat hadir ke surau untuk berjemaah pada waktu maghrib & isyak telah diganggu oleh bayangan yg menyerupai seorg wanita.Pernah seorg pelajar pergi ke tandas pada waktu senja dan semasa dia sedang mencuci pakaiannya, dia ternampak kelibat seorg wanita yg tak dikenali sedang menundukkan kepalanya berhampiran sinki. Pelajar tersebut tidak ambil kisah dan terus mencuci pakaiannya sehinggalah dia selesai. Tetapi apabila dia bangun dan lihat kearah cermin, dia dapati wanita yg sama yg dia lihat tadi berada dibelakangnya (dalam cermin). Dikatakan pelajar tersebut telah pengsan dan menjadi trauma dgn kejadian tersebut.

Pernah juga dikatakan seorg pelajar (bukan islam) yg sedang menyikat rambutnya (sudah mandi la kot) telah ternampak wajah seorg wanita yg agak suram disebalik cermin didalam bilik pelajar tersebut. Mengikut cerita warden asrama suatu ketika dulu ada satu kes ngeri yg telah berlaku diasrama tersebut. Dikatakan ada seorg pelajar pompuan telah membunuh dirinya (masalah peribadi) dgn terjun dari tingkat 3 asrama tersebut. Lokasi kisah ngeri itu berlaku adalah berhampiran dgn kwsn tangga
diblok asrama. Jd barulah aku dan kwn2 tahu kenapa kwsn tangga blok asrama tersebut sentiasa gelap sahaja. Dikatakan lampu2 di kwsn tersebut tidak dapat berfungsi kerana adanya gangguan makhluk halus! Mmg sepanjang 1 semester aku kat situ, tak pernah aku lihat kwsn tangga tu terang!

Ok..Yang ni pengalaman aku sendiri. Suatu malam tu aku dan kwn2 aku ( 4-5 org kot) melepak kat satu bilik ni. Bilik ni kat tingkat bawah. Selalunya bila hujung minggu tinggal kami ja la kat asrama sebabnya ramai yg balik kampung atau keluar bermalam di luar. Sedang kami asyik bersembang, kami dikejutkan oleh pasir. Tiba2 ja ada pasir masuk (seperti dibaling) melalui tingkat kat bilik ni ! Apa lagi, smuanya tergamam la. Pakat2 pikir la sapa lak yg nak usik kami ni.. ? Setahu kami hanya tinggal kami ja kat asrama pada malam. Lepas tu semua mata tertumpu kat tingkat ja la. Dalam 2 minit lepas tu, sekali lagi ada pasir masuk melalui tingkap. Kali ni kami semua terus keluar dari bilik dah trus ke bahagian luar bilik untuk lihat siapa yg mengusik kami. Puas mencari, tiada sesiapa pun kat situ kecuali kami ja. Pastu kwn aku yg sorg ni terpandang kat kwsn padang dan apa yg dia ceritakan kat kami, dia ada ternampak kelibat seorg pompuan sedang berjalan kearah pokok pisang. Kami masa tu mmg seram sangatla, jam pun dahpukul 1-2 pagi dh. Pastu kami masuk semula ke bilik. Kali ni tiada lagi gangguan.Kami pun mula bercerita mengenai kisah dibaling pasir tadi. Pastu salah sorg kwn aku ni nak buang air pulak. Nak mnta org temankan, nanti dikatakan penakut pulak ! Jd dia amik keputusan utk pergi ke tandas seorg diri. Tandas ni pulak terletak bersebelahan dgn tangga yg aku ceritakan tadi. Mmg seram area ni. Gelap ja suasana kat situ! Dalam 5 minit aku dan kwn2 yg didalam bilik dikejutkan oleh bunyi bising dr arah koridor..Aku pun jenguk tgk kot pintu bilik. Rupa2nya bunyi tapak kaki kwn aku yg p tandas td ni. Aku nmpak dia berlari sekuat hati kearah bilik! Sampai kat bilik, dgn muka yg pucat dan dalam ketakutan dia ceritakan pada kami yg semasa sedang dia menyarungkan kembali seluarnya (lepas buang hajat n basuh dh ni) dia ada dengar bunyi tapak kaki org masuk tandas tu (dia dah cuak time ni). Pastu dia dengar plak ada org buka paip air dan diikuti suara seorg wanita yg seperti bercakap dalam nada ygkecewa (sedih la)! Apa lagi dia, terus cabut la !

Sedang kami cuba melawan ketakutan yg menyelubungi pada mlm tu, tiba2 blackout la pulak. Dudukla kami dalam kelam.. Dah la tak ada stok lilin. Mmg gelap gelita la !Pastu tak ada lagi gangguan dan kami pun dah mula mengantuk. Bilik aku lak kat tingkat 2, jauh dr bilik kwn2 yg lain.Nak tunjuk jantan punya pasai, aku buat berani naik ke bilik aku sendiri. Bilik aku lak mengadap ke arah pokok pisang tempat kwn aku nmpak kelibat pompuan td ! Masuk bilik ja terus aku cuba lelapkan mata. Alhamdulillah bila aku terjaga, hari dah siang..
Dah lepas satu malam yg agak menyeramkan…. Tp bila jmpa kwn aku dia kata dia nmpak sesuatu kat tingkap bilik aku semasa aku balik semalam!